Saturday, January 19, 2008

PARTI MAHASISWA NEGARA: Lembaran Baru Perjuangan Mahasiswa

sumber: http://webharapan.blogspot.com/

Penglibatan generasi muda pasca merdeka dalam sosio-politik negara ini bukanlah satu perkara yang asing. Seawal dekad 60-an dan 70-an, golongan ber“darah panas” ini sudah mula menunjukkan minat dan kecenderungan mereka untuk bergiat aktif dalam gerakan sosial yang rancak ditubuhkan hasil dorongan dan suntikan tokoh-tokoh politik masa itu dan badan-badan kerajaan. Namun, malangnya, sebahagian daripada pertubuhan yang diwujudkan itu hanya bersifat “hangat-hangat tahi ayam”. Cita-cita yang digagaskan pada peringkat awal penubuhan mati apabila dikaburi dengan ufti-ufti lumayan sebagai pemalu kompang dan pemacak bunga manggar di majlis-majlis yang dihadiri negarawan-negarawan semasa (samada ternama mahupun picisan).

Meskipun begitu, fenomena tersebut sedikit-sebanyak terubat apabila kelompok-kelompok intelegensia mula merencana agenda untuk turun membantu rakyat. PKPIM, PBMUM, MPPUKM, PMUM dan beberapa yang lain adalah antara pertubuhan siswa yang vokal pada masa itu mencabar dasar-dasar kerajaan di samping melontar permasalahan rakyat terpinggir ke khalayak masyarakat. Dari situ, bergemalah laungan “mahasiswa jurubicara ummah”, “student power” dan sebagainya. Namun, tiada seorang pun daripada ikon-ikon perjuangan mahasiswa pada ketika itu mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya dan seterusnya menjadi suara kepada rakyat marhain dalam dewan Parlimen.

Saban tahun, orientasi gerakan mahasiswa mengalami transisi yang positif. Aktivisme mahasiswa makin hari makin matang meskipun cabaran dan hambatan semakin mengekang. Penguatkuasaan AUKU, intipan rapi daripada Special Branch(SB) di dalam kampus, penubuhan sayap putera dan puteri UMNO; merupakan sebahagian daripada pelbagai lagi sekatan dan ancaman golongan yang berkuasa. Namun, gerakan mahasiswa tidak pernah lelah. Idealisme tulen terus diperjuang.

Dekad ini, tanggal 7 Jun 2008 secara tepatnya, perjuangan mahasiswa sekali lagi telah mengubah rentak dan corak perjuangan. Bertempat di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, beberapa front mahasiswa telah teguh berdiri menyatakan kesediaan mereka untuk terjun ke dalam kancah politik tanah air secara langsung di bawah nama PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN). Di hadapan wakil-wakil media, pendokong-pendokong setia dan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berikrar melafazkan kesungguhan mereka untuk membela nasib rakyat yang pada mereka diperkotak-katikkan oleh badut-badut politik yang sedia ada.

Secara ringkas, modus operandi mereka adalah mendaftarkan PMN di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai sebuah parti politik yang sah untuk bertanding, dan seterusnya menghantar calon-calon mereka yang terdiri daripada mahasiswa untuk bertanding di beberapa kerusi dalam pilihanraya umum ke-12 yang akan datang. Teguh, berani, cekal, lantang, progresif dan efisien; mungkin ini adalah sebahagian daripada compliments yang selayaknya dianugerahkan kepada pengasas-pengasas PMN ini. Undang-undang drakonian yang terkandung dalam Akta Universiti Kolej Universiti akan diterjah. Menurut Azlan Zainal, ko-ordinator PMN: "Bagi kami, AUKU tiada dalam kamus perjuangan kami kerana kami tidak bersetuju dengan perlaksanaan Auku selama ini," katanya kepada pemberita.

Secara peribadi, saya menyokong inisiatif yang diambil PMN untuk mewujudkan kesedaran dan partisipasi politik daripada golongan akaemia ini kepada masyarakat keseluruhannya. Bahkan, ia juga menjadi satu tanda aras yang baik terhadap kematangan mahasiswa dalam memahami peranan dan tanggungjawab sosial yang perlu dimainkan oleh warga siswa. Ia adalah satu langkah yang baik untuk menyediakan batu asas kepada peralihan konsep dan mutu perjuangan mahasiswa pada masa akan datang.

Baki lagi, terserah kepada semua perencana, pencatur, pemikir, pelaksana dan pendokong PMN untuk mengoptimakan peluang yang sedia ada. Langkah perlu disusun kemas dan rapi. Tersilap langkah buruk akibatnya. Rakyat mungkin akan memberikan peluang sekali ini untuk mahasiswa membuktikan kemampuan mereka dalam membela hak dan nasib mereka yang tidak menentu. Namun, andai peluang ini tidak dicermati sebaiknya, rakyat mungkin akan terus hilang keyakinan mereka terhadap perjuangan mahasiswa.

Filasuf Aristotle ada menyebut: “Sistem Negara yang adil bererti mengelak daripada kecurangan pleonexia, iaitu dengan memperolehi manfaat atau faedah dengan merampas hak orang lain sama ada harta atau jabatan; mengkhianati hak orang lain atau memungkiri janji”. Justeru, seruan saya kepada SPR, jangan lagi dinafikan hak mahasiswa. Mereka sudah sekian lama terkurung dalam penjara yang tidak berpagar.

Thursday, January 17, 2008

PERSPEKTIF: KAMPUS MEDAN TERBAIK DEBAT POLITIK

Berita Harian – 29 September 2007

PERSPEKTIF: KAMPUS MEDAN TERBAIK DEBAT POLITIK

ISNIN lalu, Universiti Columbia di New York mengundang Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berceramah kepada sekumpulan pelajar dan pensyarahnya. Seperti dijangka, pelbagai pihak di Amerika Syarikat (AS) yang terpengaruh atau bersekongkol dengan Presiden Bush atau mempunyai kepentingan politik tertentu dan menuduh Ahmadinejad dengan perkara yang bukan-bukan mengecam penganjuran ceramah itu, malahan mendesak supaya ia dibatalkan.

Tetapi, ceramah itu tetap diadakan. Tidak mengapalah jika Presiden universiti itu, Lee Bollinger, memberikan ucapan pengenalan yang tidak sopan, manakala ucapan Ahmadinejad pula tidak sebaik yang disampaikannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada keesokan harinya.

Yang pentingnya ialah universiti itu berpegang teguh dengan kebebasan akademiknya dalam menganjurkan ceramah membabitkan pemimpin politik yang berhaluan bertentangan dan tidak tunduk kepada tekanan politik dari luar, manakala Ahmadinejad membuktikan keberaniannya berhadapan dengan mahasiswa, apalagi dalam keadaan yang diketahuinya akan menjadi panas baginya.

Peristiwa ini signifikan kerana kini ada sesetengah universiti kita takut mengundang dan membenarkan pemimpin pembangkang berucap di dalam kampus. Hanya sesekali ada universiti yang berani. Contohnya, pada Ogos 2003, Universiti Utara Malaysia (UUM) membenarkan sebuah forum mengenai pengurusan negara diadakan membabitkan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa (ketika itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) bersama pemimpin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan). Di samping itu, tidak ramai pemimpin kerajaan berani berhadapan dengan mahasiswa. Sering kali mereka menolak undangan ataupun sekadar menghantar wakil.

Pada satu masa dulu, kampus adalah pentas perdebatan politik yang sihat membabitkan pemimpin kerajaan dan pembangkang. Contohnya ialah Debat Agung Ekonomi Universiti Malaya. Ia dianjurkan dan ahli panelnya dipilih mahasiswa. Kini, debat politik sedemikian amat jarang diadakan. Yang ada ialah forum membabitkan ahli panel yang sealiran saja. Lebih malang lagi, jika dulu, yang mempengerusikan debat politik itu ialah mahasiswa, tetapi hari ini, ia diambil alih oleh pensyarah. Mahasiswa hanya menjadi penonton kerana universiti menganggap mereka budak sekolah menengah tinggi saja.

Alasan untuk tidak membenarkan pemimpin pembangkang berucap di kampus ialah bimbang mahasiswa akan terpengaruh. Persoalannya, adakah mahasiswa semudah itu untuk dipengaruhi? Kalau begitu, jangan benarkan pemimpin pembangkang itu berucap seorang. Sebaliknya, adakan dalam bentuk debat. Undanglah pemimpin kerajaan untuk berdebat dengannya.

Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai politik. Kita jangan takut dengan bayang-bayang sehingga semua yang berkaitan dengan politik dianggap kotor dan semua yang berkaitan dengan pembangkang dianggap berbahaya.

Memang ada perbezaan antara politik dengan parti politik, antara isu politik dengan isu parti politik, antara politik kepartian dengan politik non-kepartian dan antara politik partisan dengan politik non-partisan. Ini hanyalah sebahagian daripada ilmu politik.
Ilmu politik adalah sebahagian daripada disiplin yang perlu didedahkan kepada mahasiswa. Ia memerlukan pendidikan politik.

Di sinilah relevannya debat politik itu. Adakah dinginnya kampus disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khususnya pindaannya pada 1975?

Tahun dari 1965 (atau menurut sesetengah pendapat, dari 1966 atau 1967) hingga 1974 dianggap sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara ini. Pada 1965 dianggap tahun bermulanya zaman itu berikutan transformasi peranan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) yang tidak lagi terbatas dalam bidang bahasa dan kesusasteraan saja, tetapi mula mencakupi perjuangan lebih luas hingga mencakupi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan diskusi mula dianjurkan. Mahasiswa mula berkecimpung dengan masalah penderitaan penoreh, petani dan nelayan. Kemiskinan mula menjadi isu utama yang diperjuangkan mahasiswa. PBMUM juga menentang konsep Malaysian Malaysia yang dikemukakan Lee Kuan Yew.

Pada 1966 pula diambil berasaskan fungsi Sudut Pidato (Speaker's Corner) yang ditubuhkan pada 27 Mei tahun itu. Ia penting kerana hampir semua demonstrasi selepas tarikh itu bermula dari situ. Sudut Pidato itu diberikan jolokan sebagai Hyde Park Malaysia. Di sanalah mahasiswa mengadakan dialog dan perbahasan mengenai pelbagai isu mengenai mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara dengan bebas. Pada Disember 1967, Kelab Sosialis ditubuhkan, iaitu pertubuhan politik pertama di kampus.

Ini menandakan bermulanya, untuk beberapa tahun, penguasaan mahasiswa beraliran sosialis di UM, misalnya, Syed Hamid Ali menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Sanusi Osman menjadi Presiden PBMUM pada tahun berkenaan dan kemudian diikuti pula oleh Hishamuddin Rais.

Jika ada perbezaan mengenai tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, pendapatnya adalah sama, iaitu 1974. Pada 1974 digunakan kerana selepas peristiwa demonstrasi Baling pada Disember tahun itu, iaitu demonstrasi terbesar dalam sejarah gerakan mahasiswa negara ini, pada 1975, pindaan dibuat terhadap AUKU dengan tujuan mengongkong gerakan mahasiswa. Selepas pindaan itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar iaitu gerakan mahasiswa mula lembap. Pendapat yang menyatakan bahawa tempoh dari 1965 hingga 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara melihatnya dari segi tindakan mahasiswa yang bercorak politik.

Mohammed Abu Bakar (1973) dalam bukunya Mahasiswa Menggugat menulis, tindakan ini termasuklah: seminar dan diskusi mengenai pelbagai isu di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh politik dan pensyarah; resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan mahasiswa untuk tatapan umum dan kerajaan; penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka; demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka; dan sesetengah mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik seperti Parti Rakyat.

Kita tidak perlu kembali sepenuhnya ke zaman sebelum AUKU. Apa yang perlu ialah kita muhasabah kefahaman dan pemikiran mahasiswa hari ini mengenai politik.

Dalam konteks ini, petunjuk terpenting ialah pilihan raya kampus. Mutakhir ini, ada begitu banyak kerusi yang dimenangi tanpa bertanding, malahan ada beberapa universiti yang semua kerusi dimenangi tanpa bertanding. Adakah menang tanpa bertanding begini sesuatu yang baik? Adakah tindakan sesetengah pemimpin universiti yang boleh dipersoalkan dari segi keadilan dan kesaksamaannya dalam pelaksanaan pilihan raya kampus sesuatu yang baik?
Adakah perlumbaan dan keseronokan sesetengah pemimpin universiti mengumumkan kemenangan besar calon yang dikatakan prokerajaan sesuatu yang baik? Adakah semua ini berlaku akibat universiti dipengaruhi atau ditekan oleh pihak lain? Adakah keadaan begini kondusif untuk kita melahirkan universiti bertaraf dunia?

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)
gempursiswa terfikir bagaimana agaknya mahasiswa bakal menghadapi pilihanraya umum jika mereka kurang pendedahan di peringkat kampus. Malahan mahasiswa diajar ketika kampus jangan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti politik [sebenarnya ditujukan buat parti pembangkang sahaja].

Saturday, January 5, 2008

Tahun baru 2008

Pada malam 31 Disember 2007, seperti kebiasaan yang telah diamalkan di negara kita, berduyun-duyun masyarakat berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menyambut kehadiran tahun 2008. rata-rata mereka yang keluar pada malam tersebut adalah mereka yang dikategorikan sebagai pemuda dan remaja.

adalah menjadi satu tanda tanya kepada aku adakah ini yang dikatakan budaya rakyat malaysia? ketika para pencinta keadilan dan demokrasi berdemonstrasi, seluruh pemimpin umno menyatakan "ini bukan budaya kita". tapi ketika rakyat jelata pemimpin umno bersuka-ria membuang masa pada malam tahun baru, nah, tiada seorang pun pemimpin umno mengatakan ini bukan budaya kita. mungkin sememangnya bagi umno dan sekutunya budaya hedonisme adalah budaya terpenting dan wajib dipertahankan. tak kasihankah mereka pada rakyat jelata mereka yang disogokkan dengan banyak hiburan yang akhirnya menghilangkan budaya ilmu. tidak risaukan mereka akan masa hadapan negara kerana golongan remaja inilah yang bakal menjadi pengganti-pengganti mereka? ataupun memang mereka merancang untuk berkuasa sampai tua(walaupun memang dah tua dah sekarang)

seorang kawan aku pernah menyatakan satu cadangan kepada seorang menteri yang memalukan negara kita di al-jazeera dengan nama glamour dia zam bahawa perlu bagi kerajaan mengurangkan rancangan yang berbentuk hiburan di televisyen, rancangan2 realiti televisyen dan sebagainya. malah dia turut mencadangkan agar rancangan realiti tv ini ditukar coraknya kepada yang berbentuk mendidik dan perbanyakkannya spt the apprentice dsb. tetapi jawapan yang diterima memang agak mengecewakan. zam telah melabelkan rakanku ini sebagai jumud, tak keluar dari kepompong, malah zam telah secara directly menghina orang-orang yang memakai jubah dan serban (ape kene-mengena dengan tv pun aku tak tau).


vs





aku belajar usul fiqh yang meletakkan kaedah sadd dharai' iaitu menutup jalan2 uang menghala kepada darurat. apa yang diminta oleh rakanku tadi bukanlah mengharamkan terus program2 hiburan. sebaliknya beliau mencadangkan agar dapat dikurangkan serta diberi suntikan baru kepada rancangan bersifat mendidik minda masyarakat. benarlah telahan aku selama ini, memang umno tidak mahu golongan remaja menjadi kritis supaya periuk nasi mereka dan kroni-kroni mereka terjaga. andai golongan remaja ini kritis, maka mereka akan mula rasa tidak selamat. apa yang dicadangkan bukanlah tidak boleh dibuat. cuma mereka ini tidak ada satu kesungguhan. bukannya kita menolak hiburan, tetapi kita mengawal hiburan daripada menjadi melampau. kuasa sudah ada di tangan, tapi kesungguhan tidak ada.

ayuh mahasiswa, penulis bukanlah prejudis terhadap hiburan. memang tidak ada salahnya kita berhibur. tapi batas-batasnya perlulah dijaga. setiap tahun di dada2 akhbar kerajaan sendiri mendedahkan pagi tahun baru, pasti sampah-sarap bertaburan. bagaimanakah berjayanya umno dalam mendidik masyarakatnya supaya bermentaliti atau mempunyai minda kelas pertama? baru di sudut kebersihan. berapa ramaikah pula ketika orang menyambuk malam tahun baru or malam merdeka, mereka pun menyambut malam tersebut dengan berdua-duaan sesama bukan mahram di taman2, atau tempat2 gelap. takde la pulak polis n FRU dikerahkan turut sama memastikan perkara maksiat ini tak berlaku. awas! jika anda merupakan seorang ibu atau bapa, mungkin anak anda juga terlibat dalam perkara ini. islam hadharinya kita sehingga semakin meningkatnya kes zina, khalwat, murtad dsb.

segala kebobrokan pemimpin umno telah terserlah. mengapa kita sebagai mahasiswa mengambil langkah tidak mahu mencampuri urusan polituk. bukankah kita juga adalah rakyat? bukankah kita juga adalah pelanggan kepada kerajaan? adakah dasar-dasar kerajaan tidak kena atas batang hidung kita. bangkit mahasiswa. kita ada peranan dalam pembangunan negara. salam perjuangan